Khamis, 10 Ogos 2017

Latar Belakang

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sayap kerohanian dalam unit-unit pengurusan pelajar sekolah ini. Selaras dengan namanya, badan ini bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar mempunyai kerohanian jiwa yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah ini. Badan ini juga turut bertanggungjawab dalam pengurusan surau dan segala aktiviti agama yang dijalankan pihak sekolah khususnya program-program daripada Majlis Dakwah Islam Sekolah(MAKDIS). Badan ini mempunyai ahlinya yang tersendiri.
Menurut sistem organisasi BADAR, badan ini diketuai oleh Ketua BADAR   diikuti Penolong Ketua BADAR  kemudian Timbalan Ketua Badar, Timbalan Penolong Ketua Badar, Bendahari dan Naib, Setiausaha  dan Naib  diikuti oleh Ketua Biro-Biro.

. Biro-biro dalam BADAR, dikenali juga sebagai Lajnah. Antaranya adalah:

  • Lajnah Tarbiyah Asrama
  • Lajnah Tarbiyah Sekolah
  • Lajnah Multimedia
  • Lajnah Helwa
  • Lajnah 3K Surau















Fail Induk BADAR





                                                           Fail Aktiviti-Aktiviti BADAR



Buku Laporan Harian BADAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM BUDAYA QUR'AN 2022

Program Membudayakan Al Quran Hari: Khamis Tarikh: 24/3/22 Masa: 7.30-8.00 pg  TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5