Jumaat, 11 Ogos 2017

Hukum jika kita mengajak orang membuat kebaikan sedangkan kita sendiri tidak buat

SOALAN.
Apa hukum jika kita mengajak orang membuat kebaikan sedangkan kita sendiri tidak buat ?.
JAWAPAN.
1. Perlu kita tahu bahawa menyuruh kepada kebaikan dan melakukan kebaikan adalah dua perkara yang berbeza.
Maksudnya jika kita menyuruh kebaikan, maka kita telah mendapat ganjaran "الأمر بالمعروف" "menyuruh kepada kebaikan ", walaupun kita sendiri tidak melakukan kebaikan tersebut.
Agama tidak melarang seorang yang tidak melakukan kebaikan untuk menyuruh orang lain melakukan kebaikan.
Syara' tidak meletakkan syarat untuk menyuruh kepada kebaikan adalah perlu melakukan kebaikan itu lebih dahulu.
2. Berkenaan ada nas-nas syara' yang pada zahirnya mencela orang yang menyuruh kebaikan sedangkan dia tidak melakukannya :
Seperti firman ALLAH taala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (٢) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (٣)
Wahai orang-orang beriman, Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya, Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
( Assof 2-3 )
Dalam ayat lain pula ALLAH taala berfirman :
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أفلا تعقلون.
Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?.
Nabi saw bersabda :
يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِى النَّارِ ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِى النَّارِ ، فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ ، فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ ، فَيَقُولُونَ أَىْ فُلاَنُ ، مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيهِ ، وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ.
didatangkan seorang kelaki pada hari kiamat lantas ia di lemparkan dalam neraka. Usus-ususnya pun terburai di dalam neraka. Lalu dia berputar-putar seperti keldai memutari penggilingnya. Lantas penghuni neraka berkumpul di sekitarnya lalu mereka bertanya : “ Wahai fulan, ada apa denganmu? Bukankah kamu dahulu yang memerintahkan kami kepada kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?”. Lalu Dia menjawab : “ Memang betul, aku dulu memerintahkan kalian kepada kebaikan, tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku dulu melarang kalian dari kemungkaran, tetapi aku sendiri yang mengerjakannya.”
[ HR. Al-Bukhari no.3267, Muslim no.2989 ]
Maka perlu kita tahu bahawa celaan disini bukanlah kerana dia menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran. bahkan celaan disini adalah kerana mereka TIDAK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN TIDAK MENINGGAL KEMUNGKARAN.
Kata imam Ibnu Kathir didalam tafsirnya juz.2 hlm.140 ketika beliau menafsirkan ayat 44 dari surah al-baqarah :
والغرض أن الله تعالى ذمهم على هذا الصنيع ونبههم على خطئهم في حق أنفسهم، حيث كانوا يأمرون بالخير ولا يفعلونه، وليس المراد ذمهم على أمرهم بالبر مع تركهم له، بل على تركهم له، فإن الأمر بالمعروف [معروف] وهو واجب على العالم، ولكن [الواجب و] الأولى بالعالم أن يفعله مع أمرهم به، ولا يتخلف عنهم، كما قال شعيب، عليه السلام: { وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَى مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ إِنْ أُرِيدُ إِلا الإصْلاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ } [هود: 88].
Maksud ayat itu ialah bahawasannya ALLAH taala mencela perbuatan mereka dan memberikan peringatan atas kesalahan mereka terhadap hak diri mereka sendiri. Iaitu ketika mereka memerintahkan kebaikan, namun mereka sendiri tidak melakukannya. Bukanlah yang di maksudkan oleh ayat ini adalah mereka dicela kerana mereka menyuruh melakukan kebaikan sedangkan mereka tidak melakukannya. Bahkan mereka di cela kerana mereka meninggalkan kebaikan itu. Ini kerana mengajak kepada kebaikan adalah kebaikan yang menjadi kewajipan bagi orang alim. Akan tetapi apa yang wajib dan yang lebih utama lagi bagi orang alim adalah ia melakukan kebaikan tersebut serta menyuruh mereka melakukan kebaikan itu, dan dia sendiri tidak menyalahi mereka. Sebagaimana berkata Syu’aib ‘alaihis-salaam : " Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak inginkan kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku mampu. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali". (surah Hud ayat 88).
Berkata imam al-qurtubiy didalam tafsirnya juz.1 hlm:368:
وقال الحسن لمطرف بن عبدالله : عظ أصحابك، فقال إني أخاف أن أقول ما لا أفعل، قال: يرحمك الله وأينا يفعل ما يقول ويود الشيطان أنه قد ظفر بهذا، فلم يأمر أحد بمعروف ولم ينه عن منكر. وقال مالك عن ربيعة بن أبي عبدالرحمن سمعت سعيد بن جبير يقول: لو كان المرء لا يأمر بالمعروف ولا ينهى عن المنكر حتى لا يكون فيه شيء، ما أمر أحد بمعروف ولا نهى عن منكر. قال مالك: وصدق، من ذا الذي ليس فيه شيء.
Imam Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah : “ Nasihatilah shahabat-sahabat mu ”. Lalu ia (Mutharrif) menjawab : “Sesungguhnya aku takut aku mengatakan apa yang tidak aku lakukan”. Al-Hasan berkata : “Semoga Allah merahmatimu. Dan siapakah di antara kita yang mampu melakukan semua apa yang di katakannya?.
Syaitan sangatlah ingin mendapatkan keinginannya melalui perkataan ini, lalu tidak ada seorang pun yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran”.
Telah berkata imam Maalik dari Rabii’ah bin Abi ‘Abdirrahmaan : " Aku mendengar Sa’id bin Jubair berkata : “ Seandainya seseorang tidak boleh mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran hingga tidak ada dosa sedikitpun padanya ( kerana ia telah mengerjakan kebaikan yang ia suruh orang lain, dan meninggalkan kemungkaran yang ia cegah orang lain), maka nescaya tidak ada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Lalu imam Malik berkata : “ ya benar. Siapakah orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali ?”.
3. Dengan penjelasan diatas dapat kita faham bahawa Ada dua kewajipan yang ALLAH ta’ala bebankan pada kita, iaitu :
(1) mengerjakan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
(2) mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah orang lain daripada melakukan kemungkaran.
Berpunca dari berlaku kekeliruan didalam memahami nas-nas syara' diatas maka ada dikalangan kita yang meninggalkan hal yang kedua dengan alasan tidak atau belum melakukan hal yang pertama, Sedangkan Meninggal satu kewajipan adalah masih jauh lebih baik daripada meninggal dua kewajipan sekaligus.
KESIMPULAN.
Menyeru orang lain membuat sesuatu kebaikan adalah hal yang dituntut oleh syara', walaupun kita sendiri tidak melakukannya.
Namun sebaik-baiknya adalah kita juga melakukan kebaikan tersebut.
والله أعلم
أبو أسامة محمد حنفية الشافعي

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM BUDAYA QUR'AN 2022

Program Membudayakan Al Quran Hari: Khamis Tarikh: 24/3/22 Masa: 7.30-8.00 pg  TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5